Bagaimana Untuk Mendapatkan BitCoin

Bagaimana untuk mendapatkan BitCoin?

Soalan ini memang biasa bermain diminda setiap pemburu BitCoin. Banyak cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan BitCoin. Dibawah merupakan beberapa cara yang biasa digunakan untuk mendapatkan BitCoin.

 

  1. Membeli BitCoin.
  2. Menerima bayaran BTC
    • Anda boleh menawarkan servis anda untuk di bayar dalam betuk BTC.
    • Anda juga boleh menjual produk atau barangan anda dalam harga BTC.
  3. Mining
    • Anda memerlukan peranti untuk mining dengan lebih berkesan walaupun mining sudah tidak berapa efektif sekarang.
    • Memerlukan modal untuk memulakan.
  4. Trading
    • BitCoin juga boleh di dagangkan di pasaran seperti Forex.
  5. Faucet
    • Cara paling mudah dan murah untuk mendapatkan BTC.
    • Hanya memerlukan masa anda.
  6. Permainan
    • Terdapat beberapa jenis permainan yang menawarkan bayaran dalam bentuk BitCoin.
    • Antara permainan yang biasa adalah FarmSatoshi dan GoldenTowns.
    • Anda perlu memberikan sedikit masa sebelum anda betul-betul boleh menghasilkan BTC melalui permainan.

Panduan Permainan Farm Satoshi

FarmSatoshi Enjoy Free Satoshi!

Farm Satoshi merupakan satu permainan online yang membayar anda dengan BTC. Disini akan diterangkan cara untuk bermain Permainan Farm Satoshi dengan efektif dengan penjimatan masa dan satoshi.

1.PENDAFTARAN.

Anda boleh mendaftar di link ini: FarmSatoshi

PERHATIAN: hanya 1 akaun FarmSatoshi sahaja untuk satu rumah yang berkongsi internet. ini adalah kerana FarmSatoshi mempunyai peraturan yang sangat ketat berkenaan pendaftaran bagi menggelakkan bot dan multi.

 

2.Tambah Tahap.

Pada tahap yang rendah, setiap satoshi yang ada harus digunakan hanya untuk memenuhi objektif untuk naik tahap semata-mata. Perhatikan panduan dibawah. Sebelum membeli haiwan peliharaan, pastikan anda memiliki air dan makanan(yang berkenaan dgn haiwan tersebut). Sila pastikan juga anda mempunyai satoshi yang mencukupi untuk pembelian. Jika satoshi anda tidak mencukupi, anda boleh membeli haiwan yang lebih murah bagi mengumpul satoshi. Anda juga boleh meminjam dari Bank ataupun mengutip bonus daripada bank setiap 8 jam.

Dibahagian sebelah atas kanan, anda boleh melihat tahap(level) anda, jumlah satoshi serta simpanan gudang. Untuk melihat nilai simpanan gudang yang lebih terperinci, anda perlu masuk ke halaman gudang(Farm>Warehouse).

JANGAN terus keluarkan satoshi yang anda peroleh. Seperti yang diberitahu, permainan ini tidak boleh di tambah duit bagi memudahkan proses permainannya. Jadi setiap nilai satoshi yang anda peroleh adalah amat penting di tahap yang rendah. Jangan risau, setelah anda sampai tahap tinggi, anda akan mula peroleh nilai satoshi yang tinggi.

 

Maklumat Harga dan Profit

Jadual1

Daripada jadual ini anda boleh merancang pembelian haiwan untuk anda ternak.

Pelan pembelian haiwan serta untung satoshi yang boleh diperolehi.

Pelan

CADANGAN: Jika anda aktif dan mempunyai banyak masa, anda boleh memilih untuk menternak haiwan yang mempunyai ROI yang rendah tetapi PROFIT setiap JAM yang tinggi. Jika anda mempunyai masa yang terhad, cukup hanya menternak haiwan yang mempunyai ROI tertinggi setiap 24 JAM.

 

Pengenalan Kepada BitCoin

Apa Itu BitCoin

Apakah Itu BitCoin.

BitCoin merupakan satu matawang pertama dalam bentuk digital. BitCoin boleh dihantar oleh sesiapa sahaja kepada sesiapa sahaja yang memiliki akaun BitCoin. Akaun BitCoin ini dipanggil Wallet.

 

Perbezaan BitCoin dengan Wang Kovensional.

BitCoin boleh digunakan untuk membeli secara atas talian. Fungsinya seperti wang yang kita gunakan sekarang.

Akan tetapi, BitCoin ini tidak dikawal oleh sesiapa atau mana-mana badan. Tiada satu institusi pun yang mengawal BitCoin. Tidak seperti wang sekarang yang dikawal oleh bank-bank besar dunia.

 

Asal Usul BitCoin.

BitCoin ini diperkenalkan oleh Satoshi Nakamoto, seorang pembangun perisian Jepun pada tahun 2009. Cadangan BitCoin ini bertujuan menghasilkan satu matawang yang tidak terlibat mana-mana bank dunia. BitCoin boleh dihantar dan diterima bila-bila masa atas talian.

 

Asas BitCoin.

Matawang Konvensional bersandar pada nilai Emas atau Perak. BitCoin tidak bersandarkan pada Emas tetapi bedasarkan matematik.

Seluruh dunia boleh menghasilkan BitCoin mengunakan perisian yang menggunakan formula matematiknya. Oleh kerana formula matematik adalah percuma, maka semua orang boleh menggunakannya.

Perisian itu juga percuma, jadi sesiapa sahaja boleh melihat apa yang boleh dilakukannya.

 

Ciri-ciri BitCoin.

BitCoin ada beberapa ciri penting yang membezakannya dengan wang konvensional.

1. Tidak berpusat.

Rangkaian BitCoin tidak dikawan oleh pihak berkuasa(kerajaan). Setiap mesin yang melombong BitCoin akan bekerjasama untuk membentuk satu rangkaian BitCoin seluruh dunia. Secara teorinya, kewujudan rangkaian ini dapat menangkis sebarang dasar kewangan. Ia juga dapat menghalang peristiwa yang pernah berlaku pada awal tahun 2013, dimana Bank Pusat Eropah memutuskan untuk mengambil semua wang di Cyprus. Andai kata sebahagian rangkaian tiba-tiba putus atas sebab-sebab tertentu, BitCoin anda masih lagi terpelihara.

2.  Mudah untuk didaftar.

Bank Konvensional akan merumitkan proses pendaftaran akaun seperti; anda perlu mempunyai salinan IC ketika pendaftaran, deposit untuk akaun tertentu , atau memerlukan Introducer dan salinan pendaftaran syarikat jika ingin membuka akaun syarikat. Tetapi untuk BitCoin, anda boleh mendaftarkan Wallet anda dengan sangat mudah.

3. Identiti anda dirahsiakan.

Lebih kurang la. Anda boleh memiliki beberapa alamat(akaun) BitCoin dan ianya tidak dikaitkan dengan nama, alamat atau sebarang pengenalan diri. Tetapi…

4. Amat telus.

…ianya menyimpan setiap transaksi BitCoin yang berlaku diseluruh dunia dalam Lejar Am BitCoin yang dipanggil BlockChain.

Jika anda mengumumkan satu alamat(akaun) BitCoin, sesiapa sahaja boleh memeriksa nilai yang tersimpan. Tetapi tiada siapa yang tahu atau boleh tahu milik siapa akaun tersebut.

Anda juga boleh sembunyikan kekayaan anda dengan tidak menggunakan alamat BitCoin yang sama untuk transaksi, atau tidak menghantar sejumlah BitCoin yang banyak ke satu alamat.

5. Tiada cas transaksi.

Bank biasanya mengenakan yuran $30 untuk transaksi antarabangsa, tetapi tidak BitCoin.

6. Sangat Pantas.

Anda boleh menghantar BitCoin ke mana sahaja dan dimana jua. Setelah rangkaian BitCoin memproses, penerima akan mendapat BitCoin tersebut.

7. Tidak boleh ditarik balik.

Setelah anda menghantar BitCoin anda, tiada cara yang akan membolehkan anda mendapat kembali BitCoin anda selain daripada penerima tersebut menghantar kembali kepada anda.

 

Jadi itu adalah secara teorinya. Tapi kenyataannya adakah BitCoin berfungsi seperti itu? Teruskan bacaan untuk mengetahui bagaimana anda boleh melombong BitCoin untuk kegunaan anda.

Anda boleh membuka akaun(wallet) BitCoin anda di http://www.BlockChain.Info